Tidak Lama Lagi Kita Bakal Menyambut Ramadhan Al

Tidak Lama Lagi Kita Bakal Menyambut Ramadhan Al

Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
.
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
.
1. Kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat seperti solat tarawikh serta ibadah yang lain.
.
2.Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
.
3.Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah.
.
4.Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala
.
5.Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
.
MANFAATKAN BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI DENGAN SEPENUHNYA.
.
.
#int3tree
#bekalkanint3treesetiaphari
#impianituinfiniti
#DMDC_EMPIRE
.