#allahsayang

#allahsayang

#Allahsayang
.
#KELEBIHAN BERSUGI ATAU BERSIWAK
.
Jika disebut tentang bersugi, ramai yang tidak mengamalkan amalan tersebut. Sebenarnya kita sudah tahu bahawa bersugi banyak memberi manfaat dan fadhilat dari segi spiritual serta kesihatan.
.
Sememangnya ia adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Bersugi, menggosok gigi atau bersiwak ialah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
.
#HUKUM BERSUGI
SUNAT - Bila-bila masa. Tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika henda membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.
.
MAKRUH- Orang yang berpuasa. Tidak kira sama ada puasa fardhu(Ramadhan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari(waktu zuhur)
.
Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
.
Perlu diambil perhatian, siwak memerlukan niat ketika kita menggunakannya. Jika kita tidak berniat untuk mengikut sunnah maka perkara tersebut tidak akan beroleh fadhilat dan pahala.
.
.
#int3tree
#bekalkanint3treesetiaphari
#Impianituinfiniti