#siapa Yang Ingin Melepaskan Peluang Jika Ditawarkan Menjadi

#siapa Yang Ingin Melepaskan Peluang Jika Ditawarkan Menjadi

#SIAPA YANG INGIN MELEPASKAN PELUANG JIKA DITAWARKAN MENJADI SEORANG JURUTERBANG (PILOT) KAN??? SEGAK BERPAKAIAN SERAGAM DENGAN GAJI LUMAYAN.
.
NAMUN ADAKAH SEMUDAH ITU UTK MENEMPATKAN DIRI DALAM BIDANG INI???
JOM KETAHUI LEBIH MENDALAM TENTANG KERJAYA JURUTERBANG NI!!
.
Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan berdaya maju serta suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu keselamatan dan kesejahteraan, samada kepada penumpang, mahupun keselamatan negara amnya. Oleh kerana itu, industri ini dikawal-selia oleh pelbagai peraturan, perundangan dan garis panduan yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu diselaraskan dengan keperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa.
.
Dengan demikian, tenaga kerja yang terlibat d idalam industri ini, samada juruterbang, jurutera kapal terbang, mekanik mahupun pengawal trafik udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil serta lesen yang khusus, yang juga diiktiraf secara global.
.
SYARAT SYARAT UMUM DAN KELAYAKAN
✔️Berumur 18 hingga 24 tahun.
✔️Tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja.
✔️Menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Fizik dengan baik.
✔️Mempunyai rekod kesihatan yang baik.
✔️Sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman ✔️penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna
✔️Ketinggian sekurang-kurangnya 160cm.
.
3 CARA BAGAIMANA SESEORANG ITU LAYAK :-
MENYERTAI PROGRAM JURUTERBANG KADET DI SYARIKAT PENERBANGAN(sekiranya tawaran dibuka).
✔️Membiayai sendiri lesen PPL, CPL atau Frozen ATPL.
✔️Memohon kemasukan ke program kadet dengan lesen PPL sahaja.
✔️Dengan kata lainnya, kamu haruslah mengikuti latihan penerbangan mengikut masa yang telah ditentukan, tertakluk kepada jenis lesen penerbangan yang kamu mahu ambil. Tempat latihan penerbangan yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia:
.
✳️Asia Pacific Flight Training
✳️Malaysia Flying Academy
✳️HM Aerospace
✳️Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
✳️Temuduga bersama Malaysia Airlines atau AirAsia
.
PERBEZAAN LESEN PPL, CPL & Frozen ATPL
1) PRIVATE PILOT LICENSE (PPL)
Lesen ini membolehkan seseorang itu menerbangkan semua jenis kapal terbang berkuasa rendah. Anda boleh memohon Lesen PPL sekiranya mahu menjadikan bidang penerbangan hanya sebagai hobi, mahu membawa pesawat kecil yang boleh disewa dan tidak boleh membawa penumpang. Jangkamasa penerbangan yang harus dibuat untuk lesen ini ialah 50 jam.
.
2) COMMERCIAL PILOT LICENSE (CPL)
Lesen ini membolehkan anda dibayar untuk menerbangkan pesawat komersil. Anda harus membuat latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam di bawah Approved Flying Training Organization. anda juga harus mengambil tiga kertas peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
.
3) AIRLINE TRANSPORT PILOT LICENSE (ATPL)
Untuk memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta menduduki enam lagi kertas peperiksaan. Sekiranya berjaya di peringkat ini, anda sudah layak menjadi ‘First Officer’ atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.
.
CIRI-CIRI PERIBADI UTK MENJADI JURUTERBANG
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
10 Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
11.Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.
.
Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru.
.
TIADA HAL YANG MUSTAHIL SELAGI ADA SEMANGAT, USAHA DAN PERCAYA DALAM DIRI.
.
INT3TREE ADALAH SUPPLIMEN UTK MEMBANTU PENINGKATAN DAYA FOKUS SERTA MENJADIKAN PELAJAR LEBIH CERGAS DAN CERDAS.
.
.
#int3tree
#bekalkanint3treesetiaphari
.