Beg Berat?

Beg Berat?

BEG BERAT?

\"ADUH !! KESIAN BETUL LA TENGOK CUCU OPAH BAWAK BEG SEKOLAH BERAT\".- OPAH
.
.
HAA,siapa ibu bapa yang ada perasaan sama macam OPAH? Jom ikuti tips yg POWER ni!!
.
.

Sesi persekolahan 2019 baru je bermula minggu lepas dah terdengar ibu bapa sibuk bercerita tentang isu masalah beg sekolah yang berat ni. Isu dah jadi serius setelah ada pelajar yang dilaporkan mengalami kecederaan tulang belakang yang serius akibat bebanan beg yang terlampau berat ditampung setiap hari ke sekolah. ALAMAKK!! mcm mana tu??
.
.
Isu ni bukan je baru wujud tapi dah berdekad pun. Mengikut kajian doktor, pemakaian beg sandang dengan cara yang salah akan
memberi kesan yang buruk pada belakang, leher, bahu dan tulang belakang (bengkok).Jika ia berterusan, sistem tumbesaran juga akan terganggu dan mengundang kepada keadaan yg lebih serius.
.
.
Jadi, meh int3tree nak kongsi tips untuk bantu selesaikan masalah ni.

1. Menggunakan beg beroda supaya mereka tidak meletakkan beban di bahu mereka.( mereka hanya menggalas ketika menaiki tangga).

2. Memastikan buku yang dibawa ialah mengikut jadual harian dan bukan membawa kesemua buku.

3. Menggunakan beg yang tidak berat (lightweight), mempunyai bahagian bahu dengan pad yang tebal serta keluasan antara penggalas yang lebar.

4. Menggunakan beg yang mempunyai pad dibahagian belakang untuk menyokong tulang belakang.

5. Menggunakan beg yang mempunyai strap pinggang sebagai sokongan tambahan.

6. Semasa menggalas beg, pastikan kedua-dua strap dipakai dan bukannya hanya sebelah strap sahaja.
.
Semoga tips diberikan memberi manfaat buat semua dan sedikit sebanyak membantu utk mengurangi beban anak anak di sekolah.
.
#int3tree
#bekalkanint3treesetiaphari